Rabu, Oktober 07, 2009

Lukisan Aidilfitri 2009

Jumaat, September 18, 2009

Balik Kampung

Semalam kami selamat sampai ke Kota Bharu. Perjalanan lancar, kenderaan macam biasa sahaja. Takde la sesak sangat. Mungkin hari ni, yakni hari Jumaat kereta banyak. Hari ni pi KB Mall, beli baju raya abah dan tok abah. Suasana KB Mall je yang sesak. Walaupun kami sampai pukul 10.00 pg dah penuh dengan orang ramai.

Selasa, September 15, 2009

Taman ini Taman Nurani

Selasa, September 08, 2009

Aktiviti Kaum Ibu

Di taman kami ini, kaum ibunya lebih aktif berbanding kaum bapa. Mereka mengatur pelbagai aktiviti dalam mengeratkan hubungan sesama mereka. Antaranya mereka menganjurkan aktiviti agama seperti kelas agama dua minggu sekali, membuat bubur asyura, dan bacaan yaasin dan ziarah.
Kebiasaannya kelas agama akan dijalankan di rumah Ustaz Astar. Kelas ini dijalankan pada hari Jumaat. Moga banyak lagi aktiviti yang boleh dianjurkan demi mewujudkan hubungan yang lebih erat antara kami di taman ini.

Isnin, September 07, 2009

Kemeriahan Ramadhan

Bermula daripada awal Ramadhan sehingga kini kemeriahan Ramadhan amat terasa, terutama apabila menjelang malam. Kemeriahan amat terasa apabila kita berkunjung ke masjid. Bagi warga Taman Raja Bendahara kami memilih untuk bersolat terawih di Masjid DiRaja Ubudiah, Bukit Chandan. Walaupun, ada dalam kalangan kami yang memilih Masjid Ridzwaniah dan Masjid Kolej Islam.
Selepas waktu berbuka maka berduyun-duyunlah kami ke masjid. Moga pemandangan ini akan kekal hingga ke akhir Ramadhan. 

Selasa, September 01, 2009

Di Taman Ini Kami Membenih Kasih

Di Taman ini,

laman tempat kami mula membenih kasih,
di rumah kami,
tempat kami mencurah cinta,

Di Taman ini,
laman tempat kasih kami mekar,
memberi makna dalam perjalanan,

Di Taman ini,
laman tempat cinta kami menguntum bunga,
memberi makna dalam fitrah,

Di Taman ini,
laman tempat kami membaja sayang,
memberi makna dalam kenangan,

Bunga mekar ini akan kami belai,
agar benihnya berselerak di buana raya,

Janji teguh sepanjang perjalanan
fana ini.

mahfuza mahmud
11 Ramadhan 1430 H
09 September 2009